Sunday, January 20, 2008

SUKATAN PELAJARAN

Pensyarah : MOHD ALI BIN JEMALI
Jabatan : JABATAN KEMAHIRAN HIDUP
INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM




Tugasan:




Bentukkan kumpulan dengan keahlian maksima 3 orang.
Binakan satu penulisan mengenai satu daripada alatan di bawah.



a. Lampu suluh berbateri.

b. Pam basikal jenis berdiri

c. Loceng basikal bergear

d. Mesin pengasah pensil



Penulisan mesti meliputi perkara-perkara berikut:



a. Pengenalan
b. Alatan tangan yang digunakan
c. Punca kerosakan
d. Kerja pembaikan
e. Mengesan punca kerosakan
f. Lukisan kejuruteraan
- lukisan ortografik
- lukisan isometrik
- lukisan terurai
g. refleksi individu.



Format penulisan

Font : Arial , Size : 12 , Langkau : 1.5 , Alignment :Left

Tuan/puan digalakkan berinisiatif menyediakan persiapan bahan lebih awal kerana draf tugasan ini akan disemak pada kali pertama perjumpaan dan melalui banyak proses seterusnya.

Segala masalah sila berjumpa/ berhubung dengan saya melalui telefon ataupun email.





MENYENGGARA PERKAKAS, ALATAN DAN MESIN MUDAH

KEPERLUAN PENYENGGARAAN

Penyenggaraan perlu dilakukan pada:
- alat
- mesin
- tempat/ bangunan

Penyenggaraan bangunan
tingkap
pintu sliding/ satu daun, dua daun
siling
engsel
sistem perpaipan
pendawaian elektrik


penyenggaraan alatan elektrik
kipas
lampu
peredaran udara (ekzos)

penyenggaraan mesin
melaras
kehausan
meminyak

penyenggaran berkala
- talisawat
- minyak pelincir
- hos
- kabel


JENIS-JENIS BAHAN PENCUCI

SABUN

Sabun adalah campuran pencuci yang digunakan bagi kegunaan peribadi atau cucian sedikit. Ia biasanya dijual sebagai bentuk ketulan, dipanggil sebuku. Di negara maju, pencuci sintatik telah menggantikan sabun bagi dobi.

Kebanyakan campuran sabun adalah sebatian sodium atau garam potassium dari asid lemak yang boleh dihasilkan dari minyak atau lemak dengan bertindak balas dengan alkali (seperti sodium atau potassium hidrosida) pada 80°–100 °C dalam proses yang dikenali sebagai saponifikation. Lemak itu adalah hidrolisis oleh bahan asas, menghasilkan glykerol dan sabun kasar. Dalam sejarah, alkali yang digunakan adalah potash dihasilkan daripada pembakaran bahan tumbuhan seperti bracken, atau abu kayu.

Sabun dihasilkan daripada minyak atau lemak. Sodium Tallowate, bahan biasa dalam kebanyakan sabun, sebenarnya adalah lemak haiwan. Sabun yang dihasilkan dari minyak sayuran, seperti minyak zaiton, biasanya diistilahkan sebagai sabun castile.

DETERGEN

Detergen ialah sebatian, atau campuran sebatian, yang digunakan dalam tugas pembersihan.
Bahan utamanya ialah garam natrium bagi asid organik yang dinamakan asid sulfonik.

JENIS-JENIS PELARUT

- MINYAK TANAH
- PENCAIR

MINYAK PELINCIR
- JENIS MINYAK
- KELKATAN

MINYAK PELINCIR & ANDA

Pengenalan Minyak Pelincir

Enjin adalah nadi untuk sesebuah kenderaan. Komponen-komponen enjin pula majoritinya menggunakan bahan-bahan keluli yang melakukan pergerakan tertentu setiap kali enjin beroperasi. Pergerakan komponen-komponen ini akan menghasilkan tekanan dan haba yang akan mengakibatkan kehausan pada komponen-komponen yang bergeser. Jadi, untuk meminimumkan masalah ini, minyak pelincir digunakan.

Secara asasnya, minyak pelincir akan berfungsi menyerap tekanan dan geseran yang boleh menyebabkan kehausan komponen-komponen enjin. Selain daripada cecair penyejuk dan pengaliran udara, minyak pelincir juga turut memainkan peranan utama dalam fungsi pengawalan dan penyerapan haba yang terhasil daripada operasi sesebuah enjin. Enjin-enjin yang berkapasiti lebih kecil (seperti motosikal 4 lejang) akan bergantung semaksimum mungkin kepada minyak pelincir dalam mengawal suhu enjin, selain daripada aliran udara.

Mengenali API dan SAE

'API' adalah singkatan kepada 'American Petroleum Institute' (Institut Petroleum Amerika). Ia adalah sebuah badan yang mewakili industri petroleum dalam penggalian, pengeluaran, penghantaran, penapisan dan pemasaran. Ia juga bertanggungjawab dalam bidang kaji selidik dan pengkelasan produk petroleum. Pengeluar-pengeluar minyak pelincir akan merujuk kepada piawaian ‘API’ untuk menentukan kelas dan gred minyak pelincir keluaran mereka.

Sementara 'SAE' pula adalah singkatan kepada ‘Society of Automotive Engineers’ (Persatuan Jurutera Automotif). Ia adalah sebuah badan yang terlibat secara langsung dalam kaji selidik berkenaan sesuatu produk yang berkaitan dengan industri automotif termasuklah minyak pelincir.

Nota: Untuk keterangan lebih lanjut mengenai pertubuhan-pertubuhan ini, sila lawat laman web http://www.api.org/ dan http://www.sae.org/ . Laman-laman web ini berguna untuk sesiapa sahaja yang ingin menambah pengentahuan berkenaan perkembangan teknologi semasa industri automotif sedunia.

Gred Minyak Pelincir

Minyak pelincir untuk sesebuah enjin kenderaan terbahagi kepada dua kategori, iaitu ‘monograde’ (gred tunggal) dan ‘multigrade’ (pelbagai gred). Minyak pelincir ‘monograde’ adalah minyak pelincir yang hanya mempunyai satu kelikatan tunggal (samada semasa sejuk atau panas). Harga minyak pelincir jenis ini adalah lebih murah berbanding minyak pelincir ‘multigrade’ dan biasanya digunakan untuk kenderaan/jentera berat dan lasak atau untuk enjin kenderaan ringan yang telah berusia. Kadar kelikatan SAE 40 adalah sangat popular yang terdapat di pasaran hari ini.

Sementara minyak pelincir jenis ‘multigrade’ pula bermaksud, sesuatu minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan yang boleh berubah daripada lebih cair semasa suhu sejuk kepada lebih pekat apabila kepanasan suhu meningkat. Kos pengeluaran minyak pelincir jenis ‘multigrade’ ini lebih tinggi berbanding minyak pelincir jenis ‘monograde’ tadi. Selalunya, minyak pelincir ‘multigrade’ dapat dikenal pasti daripada label yang tertera pada botol / bekas minyak pelincir tersebut.

Minyak pelincir ‘multigrade’ adalah dirujuk dengan 2 kadar kelikatan. Contohnya; SAE 10W/30, SAE 15W/50, SAE 20W/50 dan sebagainya. Konsonan ‘W’ adalah bermaksud ‘Winter’ atau ‘Wet’ iaitu kadar kelikatan sewaktu suhu enjin sejuk. Di negara-negara bermusim sejuk / salji, minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan rendah adalah sangat penting bagi memudahkan enjin kenderaan dihidupkan. Manakala angka selepas tanda palang adalah bermakna kadar kelikatan sesuatu minyak pelincir itu apabila suhu enjin panas. Semakin besar angka tersebut, semakin tinggi daya tahan minyak pelincir itu terhadap kepanasan suhu operasi enjin.

Walaupun di Malaysia tidak mempunyai musim salji, minyak pelincir ‘multigrade’ ini juga turut memainkan peranan dan ia juga telah menjadi satu standard yang ditetapkan oleh pengeluar kenderaan. Anda boleh merujuk kepada Buku Panduan Pemilik yang biasanya dibekalkan oleh setiap pengeluar kenderaan. Untuk kegunaan di Malaysia, penggunaan minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan yang lebih tinggi semasa enjin panas adalah lebih digalakkan. Ini kerana majoriti pemandu-pemandu di bandar-bandar besar di negara ini biasanya menghadapi masalah kesesakan lalu-lintas. Apabila kenderaan terhenti-henti, sistem penyejukan enjin yang biasanya mengharapkan kepada bantuan pengaliran udara akan menjadi kurang efisien. Kadar suhu operasi enjin akan meningkat dan pada masa inilah minyak pelincir akan memainkan peranan dalam membantu menyerap haba yang terhasil daripada operasi sesebuah enjin. Minyak pelincir yang mempunyai gred API yang lebih tinggi biasanya akan berfungsi lebih baik.

Minyak Pelincir Sintetik Sepenuhnya (Fully Synthetic Lubricants)

Minyak pelincir jenis Sintetik Sepenuhnya (Fully Synthetic) sudah tidak asing lagi dikalangan pengguna kenderaan di negara kita. Minyak pelincir jenis ini lebih mahal dan biasanya dijual dengan harga melebihi RM100 (tertakluk kepada jenama pengeluar). Antara kadar kelikatan yang popular digunakan ialah 0W/30, 5W/40, 5W/50 atau 10W/40. Namun, sejauh manakah anda mengenali minyak pelincir ‘Fully Synthetic’ ini.

Minyak pelincir ‘Fully Synthetic’ diasaskan daripada 2 jenis bahan utama, iaitu ‘Polyalphaolefins (PAOs)’ dan ‘Ester’. ‘PAOs’ dihasilkan melalui jalinan molekul bahan kimia bersama ‘Ethylene’ untuk membentuk satu rangkaian yang seimbang serta berupaya mengekalkan kelicinan di dalam enjin. Sementara ‘Ester’ pula terhasil daripada reaksi alkohol dengan sejenis asid. Bahan-bahan ini akan diadun (blend) bersama aditif-aditif lain menggunakan kepakaran teknologi terkini mengikut formula tertentu. Proses ini akan dapat mengubah struktur molekul sintetik dan seterusnya menghasilkan produk minyak pelincir ‘Fully Synthetic ‘ untuk pasaran.

Minyak pelincir ‘Fully Synthetic’ adalah lebih sesuai untuk kegunaan enjin-enjin moden dan kurang sesuai untuk enjin-enjin lama. Ini kerana kadar kelikatannya yang rendah akan menyebabkan minyak pelincir tadi terpeluwap (vapourised). Ramai dikalangan pengguna tidak memahami faktor ini dan akibatnya mereka akan mengalami masalah minyak pelincir yang semakin hari semakin berkurangan.

Komponen-komponen enjin yang baru mempunyai kadar renggangan (gap) yang kecil. Sementara komponen-komponen enjin lama, contohnya Gelang Omboh (Piston Ring) mempunyai kadar ‘gap’ yang lebih tinggi dan ini akan menyebabkan minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan rendah akan mudah tersusup masuk ke ruang pembakaran (combustion chamber). Minyak pelincir ini akan terbakar bersama bahanapi dan asap yang keluar melalui ekzos akan berwarna kebiruan dan berbau busuk.

Untuk lebih kepastian tentang kesesuaian penggunaan gred dan jenis minyak pelincir untuk kenderaan anda, sila minta nasihat daripada mekanik yang berpengalaman atau pengeluar minyak pelincir itu sendiri. Anda juga boleh merujuk laman web http://www.sae.org/news/rightoil.htm. Kesilapan pemilihan minyak pelincir mungkin tidak menampakkan kesan sampingan segera kepada enjin kenderaaan anda. Oleh itu, pastikan anda tidak membuat kesimpulan mudah yang akhirnya akan merugikan diri anda sendiri.

Sumbangan:
Azmi bin Abdullah
Pengurus Pemasaran & Operasi
Diti Marketing Services (RADZONE)
SUMBANGAN :http://www.geocities.com/haprak33/minyak_pelincir.html


- KELIKATAN

Kelikatan ialah geseran dalaman sesuatu bendalir. Kelikatan di dalam bendalir bergantung kepada ketumpatan bendalir tersebut. Semakin tinggi ketumpatan bendalir, semakin tinggi kelikatan bendalir itu. Kelikatan juga bergantung kepada suhu, dimana jika suhu meningkat, kelikatan bendalir menurun tetapi untuk gas, kelikatan gas meningkat.

Bendalir likat selalunya cenderung itu berpaut pada permukaan yang bersentuhan dengannya. Bagi bendalir yang mengalir, selalunya terdapat lapisin nipis berdekatan dengan permukaan dimana bendalir adalah hampir dalam keadaan rehat.

Kesan kelikatan penting dalam aliran bendalir dalam paip. Menurut persamaan Bernoulli, jika di kedua-dua hujung paip mempunyai ketinggian yang sama, maka tekanan di hujung-hujung itu adalah sama. Tetapi, jika kelikatan bendalir diambil kira, tekanan di kedua-dua hujung itu tidak sama. Ini kerana daya kelikatan menentang pergerakkan bendalir. Maka untuk memastikan bendalir mengalir, satu tekanan hendaklah dikenakan di permulaan aliran. Kerana itulah kita harus memicit dibelakang tiub ubat gigi untuk mengeluarkan ubat gigi.

MEMBAIKI KEROSAKAN KECIL PADA PERKAKAS, ALATAN, MESIN MUDAH DAN PERABUT

PUNCA KEROSAKAN

Terdapat beberapa punca kerosakan sesuatu alat dan mesin, antaranya
- jangka hayat komponen
- terdedah kepada udara, air dan panas
- kerosakan litar
- terjatuh
- hentakan kuat
- terlebih bekalan kuasa
- mata alat tumpul
- salah guna alat
- alat yang tidak sesuai

KEPERLUAN KERJA PEMBAIKAN
Kerja pembaikan perlu dilakukan untuk memastikan alat dan mesin dapat berfungsi seperti asal untuk kegunaan pelajar dan guru.
Kerja pembaikan dapat:
- menjimatkan kos
- memanjangkan jangka hayat mesin
- menggantikan komponen yang rosak


MENGESAN PUNCA KEROSAKAN
Mengesan punca kerosakan boleh dilakukan dengan beberapa cara:
- bau
- bunyi
- visual
- berlaku gegaran/ goyang
- panas / haba
- wasap
- alat penguji

KEGUNAAN ALATAN TANGAN

klik sini