Tuesday, February 19, 2008

KEPERLUAN PENYENGGARAAN

KLIK SINI

LUKISAN TERURAI

Lukisan terurai merupakan lukisan kerja yang menunjukkan pemisahan bahagian-bahagian komponen sesuatu projek. Ia juga menunjukkan komponen pemasangan dan penyambungan yang digunakan seperti skru, ribet serta bolt dan nat. Terdapat juga garis unjuran yang memandu tempat pemasangan yang betul.


LUKISAN KOMPONEN & LUKISAN BAHAN



Lukisan komponen dan lukisan bahan biasanya menggunakan lukisan terurai sebagai asasnya.
Lukisan ini mempunyai label dan dinyatakan pada kotak yang disediakan.

Bezanya lukisan ini ialah lukisan komponen akan menyatakan komponen projek seperti gear, takal, badan, kaki bebibir dan sebagainya. Manakala lukisan bahan akan menerangkan bahan yang digunakan seperti aluminium, plastik, papan, kayu dan lain-lain.

LUKISAN PERINCIAN

Lukisan perincian merupakan satu teknik membesarkan bahagian tertentu dalam lukisan lengkap seperti lukisan ortografik dan lukisan isometri. Pembesaran ini bertujuan menunjukkan perincian (detail) bahagian tersebut samada binaan, pemasangan ataupun keratan.
Contoh lukisan perincian ini diambil dari lukisan isometri.


LUKISAN ISOMETRI

Konsep lukisan isometri ialah ia adalah lukisan yang mempunyai pandangan 3 sisi yang dapat dipandang iaitu panjang, lebar dan tinggi.

Terdapat 3 paksi iaitu paksi X, paksi Y dan paksi Z.
Paksi X dan paksi Y adalah condong 30ยบ dari paksi mendatar.
Ukuran diambil dari lukisan ortografik dan dipindah ke paksi yang berkenaan.

Berikut adalah contoh lukisan isometrik bagi sebuah meja. Bulatan yang bewarna biru adalah untuk lukisan perincian. Bacaan seterusnya, KLIK SINI


LUKISAN ORTOGRAFIK

Ini adalah contoh lukisan ortografik. Lukisan ini boleh dilukis secara manual atau menggunakan perisian komputer seperti AutoCAD.

Konsep lukisan ortografik.
1. Lukisan ortografik dilukis dengan anggapan semua arah pandangan dalam garisan lurus dan selari dengan dua paksi utama iaitu paksi x dan paksi y
2. Garisan dalam lukisan ortografik mempunyai fungsinya sendiri. Oleh itu ketebalan dan kehitaman garisan amat penting.
3. Terdapat dua jenis unjuran iaitu
- unjuran sudut pertama
- unjuran sudut ketiga

untuk bacaan lanjut, KLIK SINI.